Selepas berkhidmat empat penggal sebagai menteri besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman dispekulasikan bakal dilantik sebagai pengerusi Sime Darby Bhd
Menurut B usiness Times, satu pengumuman rasmi akan dibuat oleh syarikat tersebut tidak lama lagi.
Jawatan pengerusi syarikat milik Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu kosong sejak 8 November lalu, berikutan persaraan Tun Musa Hitam.
Bekas ketua setiausaha negara, Tan Sri Samsudin Osman kini menjadi pengerusi sementaranya.
Dalam pilihan raya umum ke-13 lalu, Abdul Ghani tewas kepada pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang di kerusi Parlimen Gelang Patah.