Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Baharui IMM13, pemegang bayar RM1,300 setahun'

RCI SABAH Seorang lelaki yang merupakan pemegang IMM13 selama kira-kira 10 tahun, berkata dia perlu membayar "levi" RM1,300 untuk memperbaharuinya setiap tahun.

Lim Yit Tiu memberitahu suruhanjaya diraja siasatan (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah bahawa dia membuat bayaran itu setiap tahun dari "1990-an" hingga tahun 2004 apabila permohonannya untuk mendapatkan pas lawatan diluluskan.

Katanya, dia dikenakan bayaran RM1,300 kerana dia bekerja di kedai runcit.

"Petani atau mereka yang bekerja di ladang membayar RM360," katanya menjawab soalan pengerusi RCI itu, Tan Sri Steve Shim.

Pegawai pengendali Jamil Aripin juga memberitahu Shim bahawa pelarian dikenakan levi RM90 untuk memperbaharui dokumen mereka setiap tahun.

Lim, yang masuk ke Tawau dari Pulau Sebatik, Indonesia bersama keluarganya sebagai seorang kanak-kanak, sebelum ini memegang dokumen HIF22 - dokumen yang pada asalnya dikeluarkan kepada pelarian oleh Jabatan Imigresen.

Beliau berkata Imigresen menukarnya kepada IMM13 apabila dia memperbaharuinya pada tahun 1990-an.

azlan Dilahirkan di Indonesia tetapi tanpa sebarang dokumentasi, Liu

akhirnya mendapat status penduduk tetap pada tahun 2004, "selepas membuat banyak susulan dan surat", 40 tahun selepas tiba di Sabah.

Menurut blog rasmi Jabatan Peguam Negara, IMM13 dikeluarkan kepada pelarian dari Filipina yang memasuki Sabah dan Labuan pada tahun 1972 hingga 1984.

Sebelumnya dokumen IHH22 dikeluarkan kepada pelarian dan anak-anak mereka dengan bayaran RM20 apabila membuat pembaharuan tahunan mulai 12 September 1972.

IMM13 hanya membenarkan pergerakan bebas di dalam Sabah dan bukannya ke seluruh Malaysia.

Menurut Liu, sejak mendapat status penduduk tetap, dia telah memohon menerima sijil pengenalan (CI) dari Imigresen yang membolehkannya melakukan perjalanan di luar Malaysia.

Dokumen, yang bertindak seperti pasport itu, sah untuk tempoh selama lima tahun dan bayaran RM500 dikenakan untuk memperbaharuinya.

"Tetapi saya perlu mendapatkan visa untuk masuk ke negara-negara lain dan perlu membayar lebih," kata Liu - seorang jurujual kasut yang sudah bersara, ketika memberi keterangan dalam bahasa Inggeris.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS