Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersedia bertemu dengan pihak yang mempunyai bukti berhubung penyelewengan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya umum yang lalu.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar percaya pertemuan itu dapat menangkis prasangka terhadap suruhanjaya tersebut yang bertanggungjawab terhadap perjalanan pilihan raya.
"Baguslah kalau ada bukti kukuh dengan laporan polis dan sebagainya. Saya sedia berjumpa dengan mereka yang mempunyai bukti ini, mendengar masalah yang mungkin terjadi.
"Dengan cara ini (bersemuka) lebih elok, kita dapat elak prasangka buruk kerana SPR sememangya ikhlas untuk laksanakan tanggungjwab yang diamanahkan, katanya seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.
Akhbar sama melaporkan bahawa pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli yang mengetuai Jawatankuasa Siasat PRU13 tampil dengan laporan polis berhubung insiden "lampu padam' sewaktu proses pengiraan undi di parlimen Kulim Bandar Baharu.
Menurut Rafizi, pihaknya menerima tujuh aduan kejadian 'lampu padam' dan akan mendedahkan semua insiden itu selepas mengumpul bukti kukuh.
Beliau turut menggesa SPR menyiasat perkara itu walaupun Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjelaskan tiada gangguan tenaga berlaku sewkatu kertas undi dikira.