Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin hari ini menyuarakan kekecewaannya terhadap PAS yang mengeluarkan watikah pelantikan calonnya bertanding kawasan yang ditandingi PKR pada pilihan raya umum 5 Mei lalu.
Shamsul menegaskan sayap parti itu tidak mahu tindakan itu kembali berulang di mana terdapat persetujuan untuk ditandingi rakan sekutu parti lain.
Beliau yang juga ahli parlimen Bukit Katil turut mengecam tindakan mengecam calon parti gabungan tanpa mengemukakan bukti kukuh.
Shamsul yang juga seorang peguam berkata pertikaian seperti itu sepatutnya diselesaikan secara dalaman parti dan bukan menerusi media.
Pemimpin muda PKR itu berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasarnya dalam Kongres AMK petang ini.