Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Paul Low: Pelantikan kabinet bukan untuk tutup mulut

VIDEO | 2.16 min

Menteri yang baru dilantik di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low menolak tanggapan bahawa pelantikannya itu semata-mata satu langkah perhubungan awam atau bertujuan menutup mulutnya yang "lantang mengkritik".

Katanya, beliau percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mencuba sedaya upaya untuk mentransformasi kerajaannya, dan beliau pernah berkata sebelum ini bahawa beliau akan mencari bakat yang terbaik.

"Jika saya mengkritik sesebuah institusi atau agensi, dan ia dengan ikhlas menemui saya untuk bantuan, maka adalah menjadi tugas saya untuk respon," kata Low yang juga Presiden Transparency International Malaysia (TI-M).

NONE Low berkata demikian dalam satu temubual secara langsung dengan KiniTV hari ini, dan kemudiannya ditemui wartawan Malaysiakini.

Sebagai presiden TI-M, Low telah membangkitkan isu-isu yang berkaitan ketelusan, termasuk mempersoalkan proses tender bagi projek MRT, dan membidas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang enggan bekerjasama dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadapnya.

Low berkata, dengan menerima tugas baru itu, ia menunjukkan beliau sekurang-kurangnya telah memulakan usaha memerangi rasuah, dan bukan hanya bercakap mengenainya sahaja.

"Ukuran kejayaan saya mungkin terhad, tetapi sekurang-kurangnya saya sedang mencuba," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS