Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini sebulat suara menolak peletakan jawatan Datuk Ibrahim Ali sebagai presiden pertubuhan itu.

    

Sebaliknya, Ahli Dewan Tertinggi (ADT) PERKASA bersetuju melanjutkan tempoh cuti beliau sehingga Persidangan Agung Tahunannya sebelum Disember ini.

    

Timbalan Presidennya Datuk Abd Rahman Abu Bakar berkata ADT dan semua ahli pertubuhan itu berharap Ibrahim terus memimpin PERKASA meneruskan perjuangan mempertahankan agenda Melayu dan Islam yang semakin mencabar.

    

"Kami mengharapkan beliau segera kembali meneruskan perjuangan dan kami berdiri teguh di belakang kepimpinannya," katanya pada sidang media selepas mesyuarat ADT di ibunegara.

    

Selasa lepas, Ibrahim, yang gagal mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Ahad lepas, menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada setiausaha agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali dengan alasan mahu memberi laluan kepada pemimpin lain menerajui pertubuhan itu.

    

alam pada itu, Abd Rahman berkata PERKASA mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di atas kejayaan Barisan Nasional (BN) mendapat mandat rakyat dalam PRU13.

    

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS