Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Orang kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin Ali dikatakan mahu meninggalkan PKR dan Pakatan Rakyat.

NONE Menurut sumber parti, ahli politik berusia 48 tahun itu mahu meninggalkan gabungan itu "kerana didakwa tidak puas hati dengan peruntukan jawatan exco kerajaan negeri Selangor di kalangan parti dalam Pakatan."

Adalah dipercayai bahawa 11 tokoh kanan Pakatan - yang dikatakan baru terpilih sebagai ahli Parlimen - akan menurut jejak langkah Azmin.

Ketiadaan Azmin di perhimpunan raksasa Pakatan yang dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kelana Jaya, Selangor pada malam Rabu, turut menarik perhatian, begitu juga dengan tweet pedas Azmin mengenai program tersebut.

Di Twitter, beliau mengecam Pakatan kerana menganjurkan perhimpunan tersebut, sambil menggesa parti itu menerima kekalahan mereka dalam pilihan raya umum ke-13 Ahad lalu.

Azmin menulis dalam tweetnya: "Rakyat letih dengan asakan politik melampau. Terima hukuman, muhasabah diri, akui kelemahan, maju ke hadapan, tumpu rakyat bukan kerabat."

[Baca berita penuh]

Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS