Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Perhimpunan Pakatan Rakyat malam tadi, yang pertama selepas pilihan raya umum berakhir Ahad lalu mencatatkan kehadiran lebih 120,000 orang ramai.

post-ge13 rally in kelana jaya stadium crowd 10 Dinamakan himpunan 'Suara Rakyat Suara Keramat', ia menghimpunkan orang ramai untuk mendengar amanat Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang pilihan raya lalu yang didakwa sarat dengan penipuan dan perkara-perkara post-ge13 rally in kelana jaya stadium crowd 9 yang meragukan.

Hujan renyai-renyai yang bermula sejak jam 7 petang dan berterusan hampir sepanjang malam tidak langsung merencatkan semangat orang ramai yang membanjiri Stadium Kelana Jaya seawal jam 6.30 petang.

Menginjak ke malam, semua post-ge13 rally in kelana jaya stadium crowd 8 laluan ke stadium sesak dengan kebanjiran orang ramai yang terdiri daripada pelbagai kaum dan berpakaian hitam sempena tema 'Black 505' - simbolik kepada tarikh keluar mengundi pada 5 Mei NONE lalu.

Bermula daripada persimpangan keluar Lebuh Raya Persekutuan menuju ke Kelana Jaya, jalan raya sesak dengan kenderaan mereka yang terperangkap di atas jalan NONE menuju ke arah stadium.

Situasi itu memaksa sebahagian peserta himpunan untuk meletak kenderaan mereka di tepi jalan Lebuh Raya Persekutuan dan berjalan kaki sejauh hampir lima kilometer untuk sampai ke stadium.

Di sebelah lagi NONE satu, sebahagian peserta terpaksa meletak kenderaan mereka di stesen LRT Kelana Jaya NONE dan berjalan kaki sejauh dua kilometer ke arah stadium untuk hadir ke himpunan.

Di dalam stadium, semua tempat duduk serta padang dan ruang di tengah-tengah stadium dipenuhi orang ramai.

Padang yang lecak dan basah akibat hujan tidak menghalang peserta himpunan untuk melabuhkan punggung mereka bagi menanti kehadiran Anwar.

Satu setengah jam selepas majlis bermula, orang ramai masih berbondong-bondong bergerak memasuki stadium.

Dari luar sehinggalah ke dalam stadium, orang ramai bersorak dan melaungkan "Reformasi!", post-ge13 rally in kelana jaya stadium crowd 3 bicycles "Ubah!" dan "Bersih! Bersih" dan meniup vuvuzela sepanjang himpunan berlangsung.

Ia sedikit sebanyak post-ge13 rally in kelana jaya stadium crowd 2 NONE NONE menenggelamkan ucapan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang 'memanaskan' pentas pidato sementara menunggu ketibaan Anwar.

Sekitar 10 malam, Anwar tiba ke dalam stadium dan disambut dengan sorakan gemuruh dan laungan "Kami anak Malaysia!" oleh peserta himpunan.

Dalam ucapannya,  Anwar menegaskan setiap rakyat Malaysia mahu menuntut hak-hak mereka untuk mendapatkan pilihan raya yang adil dan mereka telah menolak BN dalam pilihan raya lalu.

Menyahut ucapan Anwar, hadirin menjulangkan tangan ke udara sebagai tanda sokongan.

Menjelang lewat malam, Lebuh Raya Damansara Puchong yang merupakan lalu utama ke stadium menyaksikan sebahagian anak muda bersorak-sorak ke arah kenderaan yang lalulalang sambil memegang bendera PKR, PAS dan DAP di atas pembahagi lebuh raya.

Sorakan mereka disambut dengan lambaian dan bunyi hon dari pemandu-pemandu kenderaan.

Gelagat mereka dan kehadiran kenderaan dengan penumpang yang mengibar-ngibarkan bendera parti-parti Pakatan Rakyat di atas lebuh raya menjadikan suasana malam semalam seolah-olah keraian bagi merayakan kemenangan Pakatan dalam pilihan raya yang lalu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS