Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PRU13: BN jangan kecewa, kata Rais
Diterbitkan:  May 8, 2013 10:22 AM
Dikemaskini: 2:25 AM

Penyokong Barisan Nasional (BN) tidak harus kecewa dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kerana yang penting parti gabungan itu boleh membentuk kerajaan.

Pemimpin veteran Umno Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata BN tidak perlu gusar dengan sentimen yang diwujud pelbagai pihak selepas PRU13.

Beliau berkata apa yang penting, BN harus menunaikan janji yang dibuat dalam manifestonya.

NONE "Soal angka memang akan sentiasa dimainkan, iaitu 140 kerusi (Parlimen) pada 2008 dan 133 pada 2013... tetapi harus diingat, BN telah dapat menawan Kedah," katanya ketika ditemu bual dalam rancangan Hello Malaysia yang disiar di saluran Bernama TV malam ini.

Rais, yang merupakan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan sebelum parlimen dibubar, berkata rakyat akan nampak kejujuran kerajaan BN selepas ini dalam tempoh beberapa minggu atau beberapa bulan.

Beliau juga berkata BN tidak sekali-kali tunduk pada usaha pembangkang yang sentiasa cuba menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat terhadap kerajaan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS