Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Ada orang curi hak saya untuk mengundi'
Diterbitkan:  May 5, 2013 2:22 PM
Dikemaskini: 6:26 AM

Beberapa pengundi di Kulai dan Klang telah mendakwa bahawa mereka tidak boleh mengundi kerana orang lain telah mengundi atas nama mereka.

Mereka akan membuat aduan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Di Kulai, Chua Siew Pin, 42, tiba di pusat mengundi di SJK (C) Batu kira-kira jam 10 pagi dan mendapati namanya telah digunakan.

"Saya menunggu ejen parti-parti politik untuk  membantu saya. Saya akan memperjuangkan hak  saya," katanya ketika dihubungi.

NONE Beliau mendakwa pegawai SPR kemudian mengisi Borang 10 untuk menentukan identitinya, tetapi beliau bertegas supaya digunakan Borang 11  - borang deklarasi untuk membolehkannya mengundi sekiranya berlaku pertikaian.

"Saya masih menunggu keputusannya," katanya.

Calon DAP di Kulai, Teo Nie Ching berkata beliau telah menerima lima hingga enam aduan yang sama dan pengundi terbabit sedang menunggu beliau di pusat perkhidmatannya.

Teo, penyandang kerusi Parlimen Serdang, kata Liew Ah Moy (kanan) pergi ke SMK Kulai Besar pada jam 10.30 pagi, tetapi pegawai SPR memberitahunya yang dia 'telah mengundi'.

"Apabila saya memeriksa jari Liew, tidak ada tanda dakwat kekal," tulis Teo dalam tweetnya.

Di Klang, PKR, Dr Xavier Jeyakumar menulis dalam tweetnya bahawa dua pengundi membantah kerana orang lain telah mengundi menggunakan nama mereka.

"Gunakan Borang 11 dan benarkan pengundi tulen untuk mengundi," katanya menulis sebarang tweet.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS