Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Dengan kempen yang hanya berbaki satu hari, kemaraan Pakatan Rakyat di kubu kuat BN di Johor dijangka akan memberi peluang kepada gabungan parti berkenaan untuk merebut beberapa kerusi lagi di negeri itu.

Selain mengekalkan Bakri, Pakatan dijangka turut berpeluang merampas empat lagi kerusi parlimen – Gelang Patah, Kulai, Kluang dan Segamat.

Namun, sama ada peluang ini akan bertukar menjadi gelombang tsunami yang lebih besar sehingga melibatkan kawasan parlimen Johor Bahru, Pasir Gudang, Pulai, Tebrau, Labis dan Muar bergantung kepada beberapa faktor.

Kerusi dikuasai Pakatan:

  • Gelang Patah (BN Abdul Ghani Othman vs DAP Lim Kit Siang)
  • Kulai (BN Tay Chin Hein vs DAP Teo Nie Ching vs Bebas K Surendiran)
  • Kluang (Penyandang BN Hou Kok Chung vs DAP Liew Chin Tong)
  • Segamat (Penyandang BN S Subramaniam vs PKR Chua Jui Meng)
  • Bakri (Penyandang DAP Er Teck Hwa vs BN Lee Ching Yong)
Selain kerusi Bakri yang disandang DAP, empat lagi kerusi dilihat sebagai kawasan yang boleh dimenangi dengan mudah oleh Pakatan disebabkan sentimen anti-establishment di kalangan komuniti Cina.

Kesemua kerusi ini ditandingi oleh pemimpin utama Pakatan, dengan kehadiran bersar dalam perhimpunan yang diadakan di kawasan tersebut.

Kesemua kerusi ini mempunyai jumlah pengundi Cina yang besar, kecuali Segamat dengan jumlah penduduk Cina dan Melayu yang hampir sama banyak, selain 10 peratus masyarakat India.

Pakatan bagaimanapun berjaya membina momentum di Segamat di saat akhir kempen manakala BN pula diserang oleh Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) yang menjalankan piket di kawasan tersebut.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS