Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
JPM nafi halang penjawat awam sertai aktiviti politik Pakatan

Jabatan Perdana Menteri (JPM) menafikan Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) di bawah jabatan itu, mengeluarkan notis melarang warga perkhidmatan awam yang tinggal di Putrajaya melibatkan diri dalamsebarang aktiviti politik Pakatan Rakyat.

    

Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM Datuk Othman Mahmood berkata notis itu, yang menggunakan nama serta logo BPH, mendakwa tindakan akan diambil ke atas penghuni Putrajaya yang berbuat demikian.

    

"Pihak JPM ingin menegaskan bahawa BPH tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan atau Notis Peringatan tanpa pengesahan cap rasmi jabatan, dan juga tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak untuk menggunakan lambang serta logo rasmi BPH seperti yang disebar dalam media massa dan media sosial, serta ditampal di beberapa tempat di kuarters Putrajaya," katanya dalam satu kenyataan.

    

Beliau berkata JPM sudah membuat laporan di Balai Polis Putrajaya petang ini agar perkara itu disiasat.

    

Othman turut mengingatkan warga perkhidmatan awam, terutama yang tinggal di Putrajaya, agar berhati-hati dengan sebaran maklumat palsu menggunakan nama serta logo jabatan dan agensi di bawah JPM oleh pihak tidak bertanggungjawab.

    

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS