Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Isu 13 Mei: Veteran Gerakan pertahan Hadi
Diterbitkan:  May 1, 2013 5:58 PM
Dikemaskini: 10:14 AM

Seorang pemimpin veteran Gerakan hari ini tampil mempertahankan kenyataan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menuduh Umno sebagai dalang rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Hadi dalam satu ceramah di Kuala Kangsar, Perak pada hari Isnin lalu berkata perstiwa berdarah 44 thaun lalu didalangi Umno yang ingin terus berada di tampuk kuasa.

NONE "13 Mei bukan fenomena etnik. Ia ada kejadian politik," kata Goh Cheng Teik kepada Malaysiakini.

"Hanya mereka yang bukan anggota Umno atau sekutunya sahaja yang terlibat. Anggota PAS tiada kena mengena dengan 13 Mei," katanya.

Goh, 70, pernah berkhidmat sebagai timbalan menteri dan anggota exco Pulau Pinang selama 25 tahun, membuat kajian meluas mengenai rusuhan tersebut semasa menjadi pensyarah di Universiti Malaya dan turut menerbitkan buku ‘The May Thirteenth Incident and Democracy in Malaysia' pada 1971.

Beliau menyertai politik tidak tahun lalu kemudian dan dilantik sebagai setiausaha parlimen kepada perdana menteri waktu itu, Tun Abdul Razak Hussein.

NONE Menurut Goh, rusuhan di Kuala Lumpur itu bermula sejak sebelum perarakan balas yang dianjurkan Umno susulan perarakan oleh pembangkang selepas kemenangan PAS, DAP dan Gerakan dalam pilihan raya 1969.

"Anggota, penyokong dan pengirim ucap selamat kepada parti yang menjulang dirinya sebagai pendukung undang-undang merusuh sebelum permulaan perarakan kemenangan. di depan kediaman rasmi menteri besar (Selangor)," katanya.

Goh masih percaya bahawa perintah darurat tidak perlu dikuatkuasa ke seluruh negara memandangkan rusuhan itu hanya kejadian setempat, seperti pencerobohan militan di Lahad Datu Sabah.

Beliau juga berpandangan bahawa rusuhan itu bermotif politik.

"Sebab itulah gangguan tersebut bukan seluruh negara, menurut (bekas perdana menteri) Tunku Abdul Rahman, tetapi hanya terhad di Kuala Lumpur.

"Tiada kekacauan atau tindakan keganasan berlaku di tempat lain di semenanjung Malaysia pada atau selepas 13 mei," katanya.

Perisytiharan darurat itu membolehkan kerajaan menggantung Parlimen.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS