Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekas laksamana dihalang berkempen di pengkalan Lumut

PERAK Laksamana Pertama (B) Datuk Abdul Imran Abd Hamid, yang bertanding di Parlimen Lumut atas tiket PKR kini tidak lagi dibenarkan masuk untuk berkempen di pengkalan laut Lumut selepas 37 tahun menghuni pengkalan berkenaan.

Bekas ketua staf logistik markas Armada Tentera Laut itu semalam berhajat untuk menunaikan solat di masjid yang terletak dalam pengkalan berkenaan, namun tidak dibenarkan masuk kerana memakai baju parti.

NONE Ekoran itu, beliau terpaksa mengubah haluan dan makan tengahari di satu restoran yang terletak kira-kira 1 km dari pintu utama pengkalan laut tersebut.

Beliau mengambil kesempatan untuk bertegur sapa dengan pengunjung restoran berkenaan, yang rata-ratanya terdiri dari pegawai tentera laut manakala pasukannya pula mengedarkan risalah kempen.

“Saya boleh masuk jika saya tukar (baju), tetapi (identiti saya akan diketahui) kerana (mereka kenal) wajah saya... Jika saya masuk, saya akan diekori. Itu semua sebab saya menyertai satu parti politik yang menentang BN, itu saja,” katanya.

“(Tetapi) saya ada pengaruh dan pengalaman. Saya sering menjaga pegawai (tentera laut). Saya harap boleh guna pengaruh saya. Kira-kira 50 hingga 60 peratus (pegawai menyokong saya),” katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS