Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

PKR menggesa PSM agar tidak meneruskan hasrat untuk meletakkan calon di DUN Semenyih, Selangor dan DUN Jelapang di Perak

Timbalan presiden PKR Azmin Ali menyatakan demikian hari ini bagi meminta PSM, yang diberi laluan untuk mempertahankan kerusi mereka di parlimen Sungai Siput dan DUN Kota Damansara, agar bertolak ansur.

NONE "Dalam pertemuan Datuk Seri Anwar dengan PSM memang jelas kita sudah ada beberapa siri rundingan.

"Yang terakhir kita minta PSM kekalkan simbol PKR atau mana-mana parti (lain) dengan syarat mereka tak ganggu tempat-tempat lain.

"Kita minta mereka tidak ganggu DAP di Jelapang dan PKR di Semenyih," katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan watikah kepada calon PKR pagi tadi.

Setiausaha Agung PSM, Arutchelvan sebelum ini dilaporkan mahu bertanding di DUN Semenyih dan bersetuju menggunakan logo PKR.

Beliau mendakwa perkara itu telah dipersetujui Pakatan Rakyat namun ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim melanggar janjinya dan mengumumkan Ketua Cabang Serdang, Hamidi Haasan, sebagai calon di kerusi tersebut.

Setiausaha agung PSM S Arutchelvam dalam satu kenyataannya semalam menegaskan bahawa beliau akan mewakili parti tersebut untuk bertanding di Semenyih dengan logo partinya.

PKR telahpun mengumumkan ketua cabang Serdang Hamidi Hassan, sebagai calonnya di kawasan parlimen itu.

PSM juga bercadang untuk bertanding di kerusi DUN Jelapang yang diintai DAP.

Dalam perkembangan berkaitan, PAS pula dikatakan turut mengintaikerusi Kota Damansara yang dimenangi PSM dalam pilihan raya 2008.

Laporan Sinar Harian hari ini memetik kenyataan timbalan ketua kawasan PAS Subang Roslan Abu Bakar yang berkata parti berkenaan bertanding di kerusi tersebut pada 2004.

Mengulas perkara ini, Azmin berkata semua perkara itu akan diputuskan pimpinan Pakatan Rakyat dalam satu mesyuarat petang ini.

"Kita harap perkara ini kita boleh putuskan dalam tempoh 24 jam untuk pertahan semangat satu lawan satu Pakatan Rakyat," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS