Pertembungan tiga penjuru sudah terbayang di Semenyih apabila Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan calonnya walaupun Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyatakan hasrat yang sama.
Ketua Cabang Serdang Hamidi Haasan dinamakan sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) itu, sekali gus membuka kemungkinan berdepan dengan Setiausaha Agung PSM S Arutchelvan selain calon BN.
Anwar bagaimanapun tidak mengumumkan kerusi lain yang sedang dalam pertikaian dengan PSM -- Kota Damansara yang disandang oleh Nasir Hashim -- kerana proses rundingan masih berjalan.
Bagaimanapun, terdapat pertukaran kecil apabila Setiausaha PKR Subang Manivannan Gowin akan bertanding di DUN Kapar dan Wong Chen akan mengggantikan Loh Gwo Burne di Kelana Jaya.
Penyandang kerusi Kapar P Manikavasgam bertukar ke kerusi DUN Bukit Melawati.
Sementara itu, Arutchelvan ketika dihubungi berkata, Anwar telah melanggar janjinya untuk tidak membuat pengumuman calon Semenyih sehingga mencapai kata sepakat.
"Mereka tidak tahu siapa sekutu dan musuh. Dan ini akan memberi kesan yang banyak di kerusi lain (yang dibincangkan) juga," katanya kepada Malaysiakini .
PKR bertanding di 11 kerusi Parlimen serta 21 DUN di Selangor.
Parlimen
Ampang: Zuraida Kamaruddin
Gombak: Azmin Ali
Hulu Selangor: Khalid Jaafar
Kapar: G Manivannan
Kelana Jaya: Wong Chen
Kuala Langat: Abdullah Sani
Pandan: Rafizi Ramli
Petaling Jaya Selatan: Hee Loy Sian
Sabak Bernam: Aziz Bari
Selayang: William Leong
Subang: R Sivarasa
DUN
Batang Kali: Ramachandran Kandasamy
Batu Caves: Amirudin Shaari
Batu Tiga: Rodziah Ismail
Bukit Antarabangsa: Azmin Ali
Bukit Lanjan: Elizabeth Wong
Bukit Melawati: S Manikavasgam
Dengkil: Borhan Aman Shah
Ijok: Idris Ahmad
Kajang: Lee Chin Cheh
Kota Anggerik: Yaakob Sapari
Kuang: Tengku Maraziah Tengku Sulaiman
Permatang: Yahya Mat Saari
Port Klang: Khalid Ibrahim
Rawang: Gan Pei Nei
Sementa: Daroyah Alwi
Semenyih: Hamidi Haasan
Seri Andalas: Xavier Jeyakumar
Seri Muda: Shuhaimi Shafie
Seri Setia: Nik Nazmi Nik Ahmad
Taman Medan: Haniza Talha