Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ustaz DAP cabar ulama pro-Umno debat
Diterbitkan:  Apr 2, 2013 2:05 PM
Dikemaskini: 7:54 AM

Ustaz DAP Syed Araniri Syed Ahmad Al Idrus mencabar dua ulama pro-Umno untuk berdebat dalam Bahasa Arab.

Syed Araniri yang juga ketua DAP Taman Wira berkata, surat cabaran bertarikh 26 Mac itu ditujukan kepada pegawai khas agama kepada menteri besar Terengganu, Kamal Sadin dan pengasas sebuah sekolah agama Abdullah Sa'amah.

NONE Cabaran itu dibuat ekoran Kamal dan Abdullah berpendapat bahawa haram bagi umat Islam menyokong DAP, kata Syed Araniri.

"Kenyataan mereka tidak bertanggungjawab dan tidak bermoral, dan bertujuan mencetuskan perbalahan dan ketegangan antara kaum dan agama," katanya.

Beliau juga menuduh Kamal dan Abdullah mengeluarkan fatwa secara sewenang-wenangnya untuk tujuan publisiti diri sendiri.

Debat dalam Bahasa Arab, jika menjadi kenyataan, merupakan yang pertama seumpamanya dalam situasi politik negara ini.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS