Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata beliau melihat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai badan yang tidak cekap kerana masih belum mengumumkan tarikh pilihan raya sedangkan DUN Negeri Sembilan sudahpun terbubar secara automatik.

Menurutnya, keadaan itu berbeza apabila SPR tangkas mengadakan pilihan raya kecil apabila melibatkan pengosongan kerusi DUN.

NONE Menurut Mahfuz, SPR sehingga kini tidak membuat sebarang mesyuarat dan juga tidak mengumumkan tarikh penamaan calon serta tarikh pilihan raya.

"Negeri Sembilan dah beberapa hari terbubar sendiri. SPR tak seagresif kalau berlaku kematian. Kalau itu berlaku mereka akan buat kerja dengan segera.

"Dalam keadaan ini nampak tak cekap dan jadi alat bagi (Datuk Seri) Najib (Razak). Mereka sepatutnya boleh buat mesyuarat untuk tentukan tarikh penamaan calon. Tapi sampai sekarang SPR masih menanti dari kerajaan. Sepatutnya SPR sudah maklum.

"Negara kita ini lagi teruk dari Zimbabwe kerana sampai hari ini tak tahu bila pilihan raya sedangkan di negara mereka dua bulan sebelum itu sudah tahu," katanya lagi.

DUN Negeri Sembilan terbubar secara automatik bubar pada 27 Mac lalu.

Sehingga saat berita ini ditulis, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih belum mengumumkan untuk membubarkan parlimen.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam dalam satu ucapan berkata beliau berpendapat bahawa Najib tidak akan menunggu sehingga parlimen dibubarkan secara automatik untuk mengadakan pilihan raya.

Beliau juga menjangkakan pilihan raya akan diadakan dalam tempoh beberapa minggu dalam bulan April.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS