Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kit Siang: Negeri Pakatan tak perlu bubar awal
Diterbitkan:  Mar 26, 2013 2:21 PM
Dikemaskini: 9:08 AM

Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang berkata Pakatan Rakyat tidak perlu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih awal daripada Parlimen.

Ini kerana, katanya, perkara itu tidak akan memberi sebarang manfaat kepada pembangkang ekoran Parlimen sudah dekat kepada pembubaran secara sendirinya.

azlan "Ekoran Parlimen dan banyak DUN sudah sampai ke akhir tempohnya, dengan Parlimen sudah sampai lima tahun secara semula jadi dan DUN Negeri Sembilan akan terbubar dengan sendiri pada tengah malam (esok)..."

Justeru, tambahnya, tiada kelebihan daripada pembubaran awal DUN di negeri-negeri Pakatan.

Sementara itu, Bernama melaporkan Lim sebagai berkata, pembubaran serentak itu juga akan memudahkan dan tidak menimbulkan kesulitan kepada pengundi, kerana pilihan raya dapat dijalankan serentak.

Bercakap lepada pemberita selepas merasmikan pusat operasi DAP Gelang Patah di Nusajaya hari ini, Lim dilapor berkata, beliau akan menyampaikan pandangannya itu pada mesyuarat bersama pemimpin Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur nanti.

Antara empat negeri di bawah Pakatan, DUN Selangor akan tamat tempoh pada 20 April manakala Kelantan enam hari kemudian.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS