Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kit Siang: Saya mungkin tanding guna lambang PAS
Diterbitkan:  Mar 23, 2013 3:45 PM
Dikemaskini: 7:51 AM

Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang berkata, beliau mungkin bertanding menggunakan lambang PAS dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan partinya ekoran kesilapan dalam pemilihan pada tahun lalu.

NONE Dalam beberapa siri tulisan di Twitter, Lim berkata, walaupun tiada sebab untuk ROS mengantung pendaftaran DAP, tetapi kebimbangan terhadap "konspirasi" untuk mengelakkan partinya menggunakan lambang sendiri itu ada.

"(Jika berlaku), calon DAP akan bertanding sebagai bebas atau meminjam lambang PAS atau PKR.

"Jika BN salah guna kuasa (batalkan pendaftaran DAP), saya mungkin guna lambang PAS untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat," tulisnya.

Lim mengulas gesaan bekas naib presiden DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim supaya ROS bertindak terhadap DAP kerana gagal mengadakan semula pemilihan partinya selepas berlaku kesalahan dalam pengiraan undi.

NONE ROS semalam dilaporkan menghadapi kesukaran menyelesaikan siasatan berhubung kesilapan yang berlaku dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP berikutan tidak mendapat kerjasama daripada pemimpin tertinggi parti itu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman ( kanan ) dilapor sebagai berkata, pihaknya telah menghantar notis memanggil seorang pemimpin tertinggi DAP baru-baru ini untuk memberi keterangan bagaimanapun beliau memberi pelbagai alasan seperti tiada masa.

Menurut beliau, berikutan berlakunya kelewatan dalam proses mengambil keterangan, maka kerja-kerja siasatan turut tergantung selain melambatkan proses siasatan secara keseluruhannya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS