Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan agar buku biografi Datin Seri Rosmah Mansor diedarkan ke sekolah sebagai pedoman generasi akan datang.

NONE "Saya selalu katakan bahawa pemimpin kira patut menulis mengenai pengalaman dan pemerhatian mereka.

"Ini adalah buku yang baik untuk dijadikan pedoman generasi baru 100 atau 200 tahun akan datang," katanya ketika melancarkan buku setebal 180 halaman itu di Kuala Lumpur hari ini.

Penerbit buku itu, Yayasan Amanah PerdanaYayasan Amanah Perdana, mempromosi buku itu sebagai penerbitan untuk membendung "penipuan dan cemburu" mengenai Rosmah.

Mahathir berkata beliau bersimpati dengan Rosmah kerana beliau juga menjadi sasaran penipuan dan serangan sebelum ini.

"Saya terbitkan memoir dan menulis perkara yang benar mengenai masa saya menjadi pemimpin. Namun, orang masih menipu mengenai saya," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS