Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Musa Hitam: Tak bankrap jika Pakatan memerintah
Diterbitkan:  Mar 13, 2013 2:28 PM
Dikemaskini: 7:31 AM

Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam menegaskan tidak adil jika menganggap negara akan bankrap jika pembangkang berjaya memerintah negara.

Menurutnya, sekiranya mengambil alih Putrajaya, gabungan tersebut akan berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan ekonomi negara berkembang dengan baik, lapor Sinar Harian.

musa hitam wief launch 191006 doorstop Harian itu melaporkan Musa ( kanan ) sebagai berkata, perkara penting adalah memberi gambaran baik terhadap ekonomi negara supaya mampu menarik pelabur.

"Itu kenyataan politik, bagi pendapat saya tidak, malah saya telah ulas perkara ini secara terbuka, termasuk kepada pihak bank dan orang luar. Ini adalah pendapat dan pendirian peribadi saya.

"Jika pembangkang memerintah, mereka tidak akan membuat pelabur dari luar negara lari.

"Mereka tidak akan buat sedemikian dan membuat ekonomi bankrap," beliau dilapor sebagai berkata dalam sidang media, semalam.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS