Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jenazah Prebet Ahmad dibawa pulang esok
Diterbitkan:  Mar 13, 2013 10:08 AM
Dikemaskini: 4:01 AM

Jenazah Prebet Ahmad Hurairah Ismail yang terkorban dalam pertempuran dengan pengganas Sulu di Kampung Sungai Nyamuk, Lahad Datu, Sabah hari ini akan dibawa pulang ke kampungnya di Kelantan pagi esok.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata jenazah anggota tentera berusia 24 tahun itu akan dikebumikan di Kampung Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan.

"Jenazah dijangka tiba di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, Kelantan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan makanan oleh Pergerakan Wanita Umno kepada anggota pasukan keselamatan yang bertugas dalam Operasi Daulat di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Subang dekat Petaling Jaya, hari ini.

Pertempuran yang berlaku pada 10.45 pagi itu turut mengorbankan dua pengganas berkenaan.

Sehingga kini, 10 anggota keselamatan terkorban dalam insiden pencerobohan di Sabah yang bermula 12 Feb, manakala 56 pengganas ditembak mati.

Seorang daripada anggota keselamatan maut dalam kemalangan ketika menyertai Operasi Daulat di Lahad Datu.

Majlis hari ini menyaksikan 10,000 botol air mineral, makanan tambahan dan lain-lain keperluan logistik diserahkan untuk anggota keselamatan yang bertugas di Sabah.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS