Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Biro Siasatan Kebangsaan Filipina (NBI) mensepina 'sultan Sulu' Jamalul Kiram III dan anggota keluarganya tetapi dengan segera menarik balik kerana "tidak mahu memalukan keluarga" itu.

President Benigno Aquino III sebelum ini mengarahkan siasatan dibuat terhadap apa yang didakwanya "konspirasi" untuk menyiasat arahan 'sultan' kepada pengikutnya di Sabah dan mengemukakan tuntutan mereka untuk wilayah itu, lapor InterAksyon.

NONE Walaupun mengakui tidak cukup bukti untuk menamakan pihak terbabit, Aquino membayangkan terdapat personaliti dalam pentadbiran sebelumnya terlibat sama.

Penarikan itu dibuat susulan pertemuan tertutup dengan Kiram yang disertai oleh Setiausaha Agong Majlis Hal Ehwal Filipina Pastor "Boy" Saycon, "penasihat" sultan dan agen NBI yang menyerahkan dokumen itu di kediaman Kiram di Kampung Maharlika, Taguig City pada Selasa.

Peguam Aristotle Adolfo yang mengetuai pasukan lapan orang NBI mengesahkan menarik balik sepina itu kerana "tidak mahu memalukan keluarga" terbabit.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS