Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

EKSKLUSIF

Tiga arteri tersumbat dan separuh daripada jantung berhenti berdenyut memaksa bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam berhenti sebentar daripada terlibat dalam kempen Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13.

Beliau yang lebih dikenal sebagai "PI Bala" memainkan peranan dalam dua akuan bersumpah berhubung kes pembunuhan warga Mongolia Altantuyaa Shaariibu, yang dikaitkan dengan pemimpin tertinggi politik.

NONE Beliau sebelum ini terlibat sejurus sahaja selepas menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) daripada penginapannya di Chennai, India.

"Tiga (arteri) tersumbat dalam jantung saya, sekarang saya perlu mengambil ubat," kata Bala ketika ditemui Malaysiakini di wad sebuah hospital jantung swasta di Lembah Klang semalam.

PI Bala ditampilkan dalam beberapa siri ceramah pembangkang bagi menjelaskan dakwaan penglibatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pihak yang rapat dengannya dalam beberapa peristiwa yang membawa kepada pembunuhaan Altantuya dan dakwaan penutupan kes itu.

NONE Bala menjelaskan, beliau pada mulanya rasa tidak kena semasa kempen di Kota Bahru pada 1 Mac lalu sebelum mengambil ubat penahan sakit tetapi kesihatannya OK selepas itu.

Bagaimanapun keesokan harinya ketika dalam perjalan balik ke Kuala Lumpur keadaan itu kembali semula tetapi dia terus terlibat dalam program lain di Damansara.

Kesihatannya memburuk malam itu.

"Saya rasa sangat letih, saya tidur, kemudian pagi esoknya kira-kira jam 5 pagi saya tidak dapat bernafas, tetapi jika saya duduk (saya bernafas) OK, jika tidur tidak boleh," jelasnya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS