Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata saki baki kumpulan penceroboh menyerang pegawai forensik yang dihantar untuk mengumpul bukti dalam operasi pembersihan.

Katanya, serangan itu dilakukan oleh beberapa orang penceroboh yang melepaskan diri daripada serangan yang dijalankan semalam.

NONE Serangan yang dialami anggota polis dari jabatan siasatan jenayah dan pasukan forensik itu berlaku ketika kawasan berkenaan sudahpun dianggap selamat.

Katanya, itulah sebabnya anggota pasukan keselamatan diberi sebanyak mungkin ruang untuk menjalankan operasi pembersihan.

Mengulas lanjut mengenainya dalam satu lagi sidang akhbar, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, terdapat tidak kurang daripada 10 anggota polis di situ apabila tembakan dilepas ke arah mereka.

Katanya, pasukan tersebut berada di situ untuk mengambil mayat apabila ditembak dan beliau bersyukur kerana ia tidak mengenai sesiapa.

Anggota pasukan keselamatan yang mengiringi mereka, kemudiannya bertindak membalas tembakan, katanya.

Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera, Jen Zulkifeli Mohd Zin berkata tembak-menembak itu berlaku di dua kawasan di Kampung Tanduo.

Katanya, pihak musuh melarikan diri ke dalam kawasan semak di Kampung Tanduo dan tiada sebarang kecederaan dialami anggota pasukan keselamatan Malaysia.

Selain senjata ditemui hari ini, Zulkefeli berkata, pasukan keselamatan sedang mencari senjata yang mungkin ditanam dalam tanah.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS