Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
5 rakyat Pakistan akui dapat 'kerakyatan ekspres'
Diterbitkan:  Mar 1, 2013 3:42 PM
Dikemaskini: 7:44 AM

Lima rakyat Pakistan dilaporkan mengakui mereka mendapat kerakyatan Malaysia dari ejen di Sabah semasa lawatan pertama mereka ke Malaysia, dan sebahagian daripada mereka telah lima kali mengundi dalam pilihan raya.

Kes terbaru 'kerakyatan ekspres' dilaporkan di muka depan akhbar Sinar Harian hari ini selepas pemberita mengunjungi salah seorang daripada rakyat Pakistan itu di rumahnya di DUN Hutan Melintang di Perak.

Mereka telah dikesan oleh Cabang PKR Bagan Datoh semasa memeriksa daftar pemilih.

Empat rakyat Pakistan telah disenaraikan sebagai pengundi dalam daftar pemilih dan kesemua mereka tinggal di rumah yang sama.

Pengarah pilihan raya PKR cabang Hutan Melintang, Ganeson A dilaporkan berkata ketika memeriksa senarai pengundi, mereka mengesyaki lima nama disenaraikan kerana mereka tinggal di rumah yang sama dan berketurunan Pakistan.

Katanya, apabila pihak parti itu pergi ke rumah tempat tinggal lima lelaki tersebut di Taman Hutan Melintang, kesemua mereka didapati  mempunyai MyKad baru, kecuali seorang yang memegang kad pengenalan lama (IC).

Lima lelaki berusia antara 30 dan 40 tahun, tambahnya, mendakwa mereka mendapat IC mereka apabila memasuki Malaysia untuk kali pertama.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS