Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pengerusi DAP Johor kata Jui Meng 'angkuh'
Diterbitkan:  Feb 18, 2013 5:35 PM
Dikemaskini: 11:13 AM

Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau berkata beliau kini lagi dapat bekerjasama dengan ketua PKR negeri itu Datuk Seri Chua Jui Meng berhubung pembahagian kerusi untuk ditandingi calon Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau yang menyifatkan Chua sebagai "tuan" dalam satu kenyataan dalam bahasa Cina hari ini menggesa agar pucuk pimpinan PKR mengambil alih kepimpinan parti tersebut di negeri itu.

NONE Katanya, beliau tidak dapat terus bekerjasama dengan Chua kerana "keangkuhan" bekas menteri itu menjejaskan usaha di antara DAP dan PKR Johor yang terjalin sejak 2010.

Boo yang juga ADUN Skudai berkata beliau bimbang dengan hubungan di antara parti tersebut yang semakin "runtuh" sejak dua tahun lalu.

"Kebanyakan pemimpin DAP dan PKR dan golongan di akar umbi tiada masalah untuk bekerjasama," katanya yang menambah, keangkuhan Chua itu merupakan sebab utama keretakan di kalangan Pakatan Johor.

Beliau seterusnya menuntut agar jawatan Chua diambil alih oleh ketua umum Datuk Seri Anwar Ibrahim atau presiden Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, bagi menyelia hubungan antara parti Pakatan di Johor.

Boo berkata, Chua dalam satu wawancara dengan Malaysiakini mengkritik DAP kerana mengesyorkan agar MP Bukit Bendera Liew Chin Tong bertanding di kerusi Gelang Patah, yang ditandingi PKR dalam dua pilihan raya sebelum ini.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS