Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib: Parlimen hanya dibubar bila semua bersedia
Diterbitkan:  Feb 14, 2013 6:24 PM
Dikemaskini: 10:44 AM

Pembubaran Parlimen hanya akan dibuat apabila semua pihak termasuk rakyat bersedia menghadapi pilihan raya umum, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

    

NONE "Parlimen akan dibubarkan apabila saya sedia dan bila rakyat dah sedia... sekarang ini tugas saya turun padang menerangkan dasar dan hala tuju yang dibawa oleh kerajaan BN (Barisan Nasional).

    

"Kita mahu rakyat faham satu undi untuk BN... satu undi untuk agenda transformasi negara dan satu undi untuk keamanan dan kestabilan negara untuk masa depan yang lebih cerah lagi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Bersama Rakyat di Padang Pekan Papar, di Papar hari ini.

    

Najib yang juga pengerusi BN berkata demikian ketika ditanya "bilakah beliau membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum".

    

Apabila ditanya betapa dekatnya pembubaran Parlimen, beliau berkata: "Dekat dah, dekat dah, buat kerja dulu, jangan bimbang".

    

Mengenai hasil pertemuannya dengan pemimpin parti komponen BN negeri semalam, perdana menteri berkata tidak ada masalah serius yang dihadapi mereka cuma sedikit masalah dari segi penyelarasan dan personaliti.

    

"Pada keseluruhannya saya berpuas hati dengan tahap persefahaman yang wujud di kalangan parti komponen BN Sabah," katanya.

Mengenai calon BN dalam pilihan raya umum ke-13, Najib berkata BN sudah hampir selesai memilih calon.    

    

"Kita mesti melakukan verifikasi dari segi latar belakang dan juga keselamatan dan apa-apa juga laporan daripada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan sebagainya sebelum kita memuktamadkan senarai tersebut," katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS