Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau akan berjumpa wakil rakyat Pakatan Rakyat pada minggu ini bagi membincangkan tentang cadangan untuk membubarkan DUN selepas sambutan Chap Goh Meh.

"Kita baru saja balik kerja. Itu kita akan umumkan selepas perjumpaan (sama ada akan bubar DUN atau tidak).

"Dalam minggu ini (akan berjumpa wakil rakyat Pakatan)," katanya pada sidang media selepas mesyuarat exco hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta menjelaskan mengenai cadangan kerajaan negeri untuk membubarkan DUN selepas sambutan Chap Goh Meh bulan depan.

    

Cadangan itu tertakluk kepada perbincangan dengan pemimpin tertinggi pakatan pembangkang sebelum pihaknya memutuskan perkara berkenaan, katanya dalam laporan sebelum ini.

Katanya, kerajaan negeri bercadang membubarkan DUN sekiranya perdana menteri masih tidak membuat pengumuman atau memberi apa-apa petanda berhubung tarikh pilihan raya selepas Chap Goh Meh.

Chap Goh Meh pada kebiasaannya disambut 15 hari selepas Tahun Baru Cina.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS