Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib: 'Gangnam' Psy tak guna duit rakyat
Diterbitkan:  Feb 12, 2013 12:10 PM
Dikemaskini: 8:08 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengulangi bahawa persembahan penyanyi popular Korea di majlis rumah terbuka anjuran BN Pulau Pinang semalam tidak menggunakan wang rakyat.

NONE Dalam tulisannya di Twitter, Najib juga menyebut, individu yang hadir juga tidak dikenakan sebarang bayaran untuk menyaksikan persembahan itu.

"Persembahan Psy tidak melibatkan duit rakyat langsung. Orang ramai juga tidak dikenakan bayaran untuk menyaksikannya," katanya.

Najib bagaimanapun tidak menamakan pihak yang bertanggungjawab menanggung kos untuk persembahan artis itu.

Identiti pihak berkenaan, yang didakwa dirahsiakan itu, mencetus spekulasi memandangkan penajaan berkenaan dianggarkan melibatkan jumlah lebih RM1 juta.

NONE Antaranya, NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang mendakwa perbelanjaan tersebut merupakan tindakan membazir kerana artis berkenaan hanya menyanyikan satu lagu sahaja.

Pengerusi SAMM Badrul Hisham Shaharin dalam kenyataannya hari ini berkata, perkara itu menimbulkan tanda tanya kerana penaya pada kebiasaannya mahu tajaan mereka diketahui.

"Inilah kali pertama dalam dunia penaja buang duit tetapi mahu merahsiakan," katanya yang turut mempersoalkan sekiranya tajaan tersebut melibatkan usahawan Korea.

Artis berkenaan, yang diiringi penari, mempersembahkan lagu popularnya 'Gangnam Oppa' sebanyak dua kali di majlis yang dihadiri ribuan penonton itu.

Najib dalam tulisan di Twitter turut memuji Psy atas persembahan "panas" tersebut.

"Rakyat Malaysia amat menyukai persembahan gangnam anda," tulisnya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS