Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

PKR mendakwa bahawa pihak berkuasa Malaysia mendakwa dan memenjarakan suspek Manuel Karingal Amalilio yang dikehendaki di Filipina, untuk mengelak deportasinya ke negara itu.

tian chua kampung railway residents protest 3 Dakwaan ini dan beberapa persoalan telah dibangkitkan semasa kunjungan dua ahli Parlimen PKR ke Filipina untuk menyemak aktiviti Amalilio di sana.

Naib Presiden PKR, Tian Chua (kanan) dan Ahli Parlimen Subang,  R Sivarasa, menyifatkan pendakwaan dan hukuman terhadap Amalilio itu sebagai satu "wayang".

"Cara Amalilio (kiri) didakwa diragui, kerana dia telah didakwa dan dijatuhi hukuman oleh majistret di sebuah hospital di Sabah," kata Tian Chua yang juga ahli parlimen Batu.

Sivarasa yang juga seorang peguam, turut mempersoalkan cara di mana majistret, pendakwa dan peguam Amalilio hadir dan dengan, pada 5 Februari, fakta kes mereka telah disediakan.

"Dia mengaku salah dan dijatuhi hukuman dua tahun penjara," kata Sivarasa.

Sifat tuduhan yang meragukan terhadap Amalilio, katanya, menyebabkan pihak berkuasa Filipina menuntut campurtangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perkara tersebut.

Terdapat juga dakwaan, kata Tian Chua, bahawa wang yang dipungut oleh Amalilio dalam satu skim piramid yang didakwa dikendalikannya di Filipina, mungkin untuk pilihan raya yang akan datang di Sabah.

Beliau mendakwa bahawa terdapat tahap tinggi konspirasi dalam keseluruhan perkara yang melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman, yang juga bapa saudara Amalilio, dan pihak berkuasa Malaysia dalam perkara itu.

"Jenayah yang lebih besar telah dilakukan di Filipina dan oleh itu Amalilio sepatutnya tidak ditahan di Malaysia," kata Tian Chua.

[Baca berita Penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS