Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
LGE:TPM sebut perkatan bodoh terhadapnya adalah rasis

Kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyifatkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membuat "kerja bodoh' kerana meminta orang ramai memakai pakaian dalam tiga warna apabila menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina di Pulau Pinang, telah dikecam sebagai "rasis".

Lim melahirkan rasa kesalnya terhadap kenyataan tersebut, dan berkata beliau tersinggung kerana Muhyiddin mengucapkan kenyataan 'rasis' yang menghinanya secara peribadi.

"Muhyiddin tidak pernah menggunakan perkataan ini terhadap menteri besar Melayu dalam Pakatan Rakyat," kata Lim dalam satu sidang akhbar hari ini.

"Ini menunjukkan sifat rasisnya. Perkataan 'bodoh' yang digunakan terhadap saya adalah menghina," katanya.

"Beliau tidak pernah menggunakannya terhadap MB Melayu dalam Pakatan Rakyat dan kerana saya satu-satunya KM Cina, beliau menggunakannya terhadap saya," kata Lim.

Muhyiddin sebelum ini dilapor menyifatkan gesaan Lim supaya rakyat Pulau Pinang memakai baju berwarna tertentu semasa menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina BN sebagai satu kerja yang 'bodoh'.

Timbalan perdana menteri dilaporkan berkata Lim seolah-olah seperti orang cerdik tetapi tidak cerdik malah ia adalah perbuatan yang bodoh.

[Baca berita penuh]

 

1. TPM: Gesaan LGE pakai baju tertentu 'kerja bodoh'


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS