Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

dikemaskini Bekas tahanan ISA, Yazid Sufaat didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan menggalakkan pelakuan keganasan di antara 1 Ogos hingga 20 Oktober tahun lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 130G(a) Kanun Keseksaan (Akta 574) antara jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi di DL11, Lorong Mutiara 2, Lembah Jaya Ampang, dalam daerah Ampang Selangor.

Turut didakwa bersamanya adalah Halimah Hussein yang dituduh bersubahat dengannya di alamat yang sama.

Haliman dituduh bersubahat dengan Yazid menggalakkan perbuatan keganasan dengan niat untuk memajukan suatu tujuan ideologi dan perbuatan tersebut boleh semunasabahanya dianggap semunasabahnya sebagai berniat mengugut orang awam di Syria".

Halimah dituduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 130G(a) Kanun Keseksaan (Akta 574).

Majistret Zulyana Zulkifli memutuskan kes itu dipindahkan ke mahkamah tinggi atas permintaan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Hanafiah Zakaria.

Yazid dan Halimah diwakili peguam Amir Hamzah Arshad, Fadiah Nadwa Fikri dan Afiq M Noor.

Sementara pendakwaan dijalankan Datuk Mohd Hanafiah Zakaria, Ishak Mohd Yusof, dan Dusuki Mokhtar.

Timbalan pendakwa raya juga memohon kedua-dua tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin kerana mereka ditahan polis menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) yang tidak membenarkan ikat jamin.

Yazid dan Halimah ditahan semalam bersama seorang lagi iaitu Muhammad Hilmi Hasim.

Ketiga-tiga mereka merupakan individu pertama yang dikenakan tindakan mengikut akta baru tersebut.

Peruntukan itu memberi kuasa kepada polis untuk menahan mana-mana individu selama 48 jam tanpa bantuan guaman.

Menurut Fadiah, nasib Hilmi masih belum diketahui namun beliau percaya Hilmi kini masih ditahan di Bukit Aman.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS