Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Enam anggota tentera yang menghadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat (atau KL112) yang disokong pembangkang bulan lepas mungkin didakwa atas dakwaan "memudaratkan perkhidmatan" tersebut.

"Mereka sedang disiasat di bawah Seksyen 87 Akta Angkatan Tentera 1972," dakwa Presiden Pahlawan yang berkaitan dengan PKR.

Beliau berkata ahli keluarga kakitangan yang terlibat - lima daripada Tentera Laut Diraja Malaysia dan seorang dari tentera darat - telah memaklumkan perkara itu kepada Pahlawan.

Keenam mereka telah menyiarkan gambar masing-masing ketika menghadiri perhimpunan tersebut di laman rangkaian sosial Facebook, dan kemudiannya dipanggil oleh pegawai atasan mereka.

Pahlawan mendapati mereka adalah pegawai berpangkat rendah, yang menghadiri perhimpunan itu ketika tidak bertugas dan tidak memakai pakaian seragam.

[Baca berita Penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS