Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Acara membakar bible yang didakwa akan berlangsung pada jam 10 pagi di Butterworth, Pulau Pinang hari ini didapati tidak berlaku seperti digembar-gemburkan.

burn bible event at dewan ahmad badawi 270113 Wartawan hadir ke Dewan Datuk Ahmad Badawi – tempat acara itu didakwa akan dilangsungkan – sejak jam 9.30 pagi dan mendapati ia dikawal beberapa orang anggota polis.

Setengah jam kemudian, seorang pegawai polis membertahu wartawan bahawa ketua polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi akan mengadakan satu sidang media.

"Sah, tak jadi (acara bakar Bible)," kata pegawai tersebut yang meminta wartawan menuju balai polis Butterworth untuk sidang media berkenaan.

Abdul Rahim dalam sidang medianya selepas itu berkata beliau bersyukur kerana acara berkenaan tidak berlaku pada hari ini.

Katanya beliau berterima kasih, terutama kepada masyarakat Islam Melayu kerana tidak menyertai acara berkenaan.

"Sebagai (ketua polis negeri) yang bertanggungjawab ke atas keselamatan di sini, saya menggesa semua pihat agar tidak membangkita isu keagamaan dan kebudayaan yang boleh menjejaskan keharmonian negara," katanya lagi.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS