Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Khaled: Jumpa setinggan Pasir Gudang masa terdekat

Satu perjumpaan dengan penduduk setinggan di Parlimen Pasir Gudang akan diadakan dalam masa terdekat bagi menyelesaikan masalah pemberian geran tanah, kata Anggota Parlimen dan Ketua Umno Bahagian kawasan itu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

    

"Saya sebagai wakil rakyat akan memainkan peranan untuk memujuk mereka dan memberi keyakinan, dan bukan dengan amaran serta gertakan kerana itu kurang bijak.

    

"Isu ini boleh diselesaikan dengan baik. Keyakinan boleh diberikan kepada kita untuk menyelesaikan perkara ini," katanya kepada pemberita hari ini.

    

Beliau diminta mengulas penutupan sebahagian besar bilik gerakan di sembilan kampung setinggan di Pasir Gudang berikutan rasa tidak puas hati penduduk berhubung isu pemberian geran tanah yang belum selesai.

    

Mohamed Khaled berkata isu itu mendapat perhatian kerajaan negeri Johor.

    

"Disebabkan tanah itu hak milik syarikat terbitan awam, prosesnnya berbeza dan mengambil masa," katanya.

    

- Bernama

1. Umno beri amaran pada jentera Pasir Gudang


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS