Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek memberi kata dua kepada Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S Subramaniam agar menyelesaikan sebarang perkara berbangkit berhubung dasar gaji minimum sebelum sambutan Tahun Baru Cina bulan hadapan.

Menurutnya, MCA akan menyokong pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) untuk mengadakan demonstrasi jika Subramaniam gagal berbuat demikian.

"Kementerian Sumber Manusia perlu membuat keputusan secepat mungkin sebelum Tahun Baru Cina," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis presiden hari ini.

Menurut Chua kementerian itu perlu mengguna pakai cadangan MCA agar perbelanjaan makanan, asrama dan cukai ditanggung pekerja asing, atau banyak IKS akan muflis akibat bebanan kewangan itu.

Tahun Baru Cina pada tahun ini dijangka disambut pada 10 dan 11 Februari.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS