Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin - atau lebih dikenali sebagai 'Kak Listen' selepas video menunjukkan dia menegur seorang pelajar undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani semasa satu forum bulan lepas, hangat di Internet - akan menjawabnya dalam waktu terdekat.
Sharifah memberitahu Sinar Harian bahawa dia akan mengeluarkan
satu kenyataan mengenai klip video itu tetapi tidak menyatakan bila dan di mana.
“Insya-Allah, saya akan maklumkan (dalam masa terdekat),” katanya kepada akhbar itu semalam.
Program ‘Seiringkah Mahasiswa dan Siswi Dengan Politik’ pada 8 Disember lalu itu anjuran Dewan Penginapan Pelajar (DPP) Proton UUM, dan NGO Suara Wanita 1Malaysia (SW1M).
Sharifah adalah pengerusi SW1M. Forum itu dihadiri lebih 2,000 orang pelajar.