Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ia bertujuan untuk menjadi satu forum yang melibatkan pelajar universiti, tetapi pada akhirnya salah seorang ahli panel hanya mahu pandangannya saja yang didengar.

NONE Itulah kesimpulan yang dibuat oleh pengguna Internet selepas menonton video forum untuk pelajar Universiti Utara Malaysia yang diadakan pada bulan lepas.

Klip selama 24 minit itu memaparkan seorang ahli panelnya Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin menegur seorang pelajar KS Bawani, yang bangun bercakap di forum itu, yang telah menjadi satu topik hangat perbincangan di Facebook dan forum Internet.

Bawani membangkitkan kepada penganjur forum apa yang dia percaya pembentangan mereka yang tidak betul mengenai BERSIH dan penerajunya, Datuk S Ambiga dan Datuk A Samad Said.

Bawani juga menegaskan bahawa sejumlah negara mampu menawarkan pendidikan percuma sehingga ke peringkat universiti dan bertanya mengapa Malaysia tidak boleh berbuat demikian, diikuti dengan tepukan penonton.

NONE Ketika Bawani sedang bercakap, Sharifah turun dari pentas dan

berdiri di depannya.

Bawani tidak memperdulikan tindakan Sharifah itu dan terus bercakap.

Sharifah kemudian berkata "dengar" kira-kira 10 kali sebelum bertindak mengambil mikrofon, sambil menghulurkan tangannya bersalam dengan Bawani dan mengucapkan terima kasih kepadanya.

"Nombor satu, ini adalah program kami dan kami dibenarkan untuk bercakap. Nombor dua, apabila saya bercakap, (anda) dengar," kata Sharifah kepada Bawani.

TONTON VIDEO

[Baca berita penuh]

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS