Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Datuk Abdul Hamid Mohd Ali berkata polis mungkin akan menetapkan penggunaan pas media bagi liputan perhimpunan sebagai prosedur standard.

NONE Katanya, polis akan menetapkan demikian sekiranya didapati berkesan dan praktikal semasa Himpunan Kebangkitan Rakyat pada Sabtu ini.

"Jika ia berkesan dan didapati sangat praktikal, ia akan dijadikan SOP (garis panduan operasi) pada kemudian hari," kata Abdul Hamid.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengedarkan pas berkenaan kepada wakil media di ibu pejabat polis Bukit Aman hari ini.

Malaysiakini bagaimanapun tidak memohon pas berkenaan kerana beranggapan ia tidak membantu polis dalam mengendalikan perhimpunan aman.

NONE Mengulas lanjut, Abdul Hamid berkata pengenalan pas media itu adalah untuk memudahkan polis mengenal pasti wartawan yang bertugas.

"Langkah ini dibuat dengan mengambil kira kepentingan terbaik anda semua dalam hati kami.

"Ia akan membantu kami bagi mengenal pasti anda dan memudahcara keperluan anda untuk mendapatkan rakaman gambar terbaik," katanya lagi.

Boleh buat liputan

Bagaimana pun, beliau mengakui pengenalan pas itu tidak berdasarkan mana-mana peruntukan undang-undang sedia ada.

Menurutnya, mana-mana organisasi media yang tidak mempunyai pas itu masih berhak untuk membuat liputan himpunan berkenaan.

NONE "Jika anda tidak mahu terlibat dalam aturan ini, ia tidak menjadi satu kesalahan.

"Kehadiran anda sebagai pengamal media yang diperakui dibenarkan oleh undang-undang. Anda berhak untuk berada di sana," katanya.

Polis memperkenalkan pas baru berkenaan walau pengamal media ketika ini telahpun mendapat kad perakuan media dari Jabatan Penerangan Malaysia selain daripada kad media organisasi masing-masing.

Selain itu, polis juga akan menugaskan marshal untuk menemani petugas media bagi membuat liputan pada Sabtu ini.

Seramai 50 anggota berkenaan akan membawa keluar petugas media daripada kawasan tertentu yang dikira tidak selamat, katanya.

Langkah berkenaan dijalankan sebagai percubaan dan mungkin akan turut ditetapkan sebagai prosedur standard kelak, katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS