ADS
mk-logo
Berita

Pengurusan Stadium Merdeka hari ini tidak mengendahkan wakil Pakatan Rakyat yang tiba ke pejabat mereka untuk mendapatkan kebenaran bagi menggunakan stadium berkenaan dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat Sabtu ini.

NONE Setiausaha Pemuda PAS Khairul Faizi Ahmad Kamil (kiri sekali) yang mengetuai delegasi ke pejabat pengurusan tersebut di Kuala Lumpur berkata Pakatan cuba mendapatkan kebenaran tersebut sejak dua minggu lalu namun tidak berjaya.

Katanya, sekretariat himpunan berkenaan mengutus surat kepada Tabung Amanah Warisan Merdeka pada 26 Disember tahun lalu untuk menggunakan stadium berkenaan, selain membuat panggilan telefon.

Delegasi berkenaan hadir ke pejabat berkenaan hari ini memandangkan mereka tidak mendapat apa-apa jawapan daripada permohonan tersebut.

Bagaimanapun, ketibaan mereka disambut pengawal keselamatan yang menghalang mereka daripada bertemu pengurusan berkenaan yang didakwa "sedang bermesyuarat".

ADS

Kecewa selepas menunggu lebih sejam, setiausaha AMK Julailey Jemadi kemudiannya memberitahu pemberita bahaw beliau kecewa dengan pengurusan berkenaan.

"Menyedihkan kerana layanan mereka tidak mencerminkan budaya Malaysia," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS
ADS
ADS