Pemuda MCA hari ini menggesa Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Setiausaha DAP negeri, Nga Kor Ming mengisytiharkan harta masing-masing berikutan dakwaan bahawa mereka telah menerima imbuhan daripada PAS.
Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Pemuda MCA, Chai Kim Sen berkata Pakatan Rakyat sentiasa mencabar pemimpin BN supaya mengisytiharkan harta mereka, dan oleh itu, kedua-dua juga harus juga berbuat demikian.
Ngeh dan sepupunya Nga, telah didakwa menerima 10,526 hektar tanah di Kelantan sebagai pertukaran melantik Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari PAS sebagai menteri besar Perak pada 2008.
Dakwaan tersebut dibangkitkan di dewan undangan negeri awal bulan ini.
Ngeh telah menjelaskan bahawa beliau dan Nga, telah membeli syarikat yang memiliki tanah tersebut melalui urusniaga yang normal.
Bagaimanapun, Chai dipersoalkan sama ada Ngeh dan Nga berkemampuan untuk berbuat demikian.
"Bagaimana kedua-dua Ngeh dan Nga boleh terbabit dalam urusniaga tanah ini yang bernilai RM30 juta dengan gaji mereka sebagai wakil rakyat?
"Oleh itu, memandangkan Pakatan Rakyat sentiasa mendakwa ahli politik perlu mengisytiharkan harta mereka, maka Ngeh dan Nga kini perlu berbuat demikian bagi membuktikan mereka tidak bersalah," katanya.
[Baca berita penuh]
1. Ngeh: Kami peroleh tanah K'tan melalui pasaran terbuka | | |
2. Nik Aziz jelas isu tanah milik syarikat Ngeh |