Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

dikemaskini Sebuah kenderaan pacuan empat roda konvoi Jelajah Oren ‘Selamatkan Felda” pecah cerminnya manakala dua peserta konvoi itu cedera dalam satu kejadian di Negeri Sembilan.

NONE Berikutan itu, beberapa pemimpin PAS dan PKR serta mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol.

Kejadian itu didakwa berlaku lebih kurang jam 10 pagi di Jalan Dangi-Jelai yang hanya beberapa meter sahaja dari simpang utama ke NONE Felda Bukit Rokan Utara.

Ia didakwa berlaku apabila peserta Jelajah Oren itu dihalang oleh lebih kurang 80 peneroka dan anak peneroka Felda Bukit Rokan Utara yang dipercayai penyokong Umno dan BN berdasarkan NONE rata-rata mereka memegang bendera BN dan Umno.

Presiden Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman, mendakwa, sejurus peserta Jelajah Oren tiba di situ, NONE terdapat sekatan jalan yang dibuat peneroka Felda Bukit Rokan Utara di tengah-tengah jalan.

Dalam kekecohan tersebut, sebuah kereta pacuan empat roda milik salah seorang peserta Jelajah Oren didakwa dirosakkan apabila cermin depan dan cermin tingkap sebelah kiri dipecahkan oleh NONE lelaki-lelaki yang tidak dikenali.

“Dua peserta kita turut dicederakan. Naraza Muda luka di kepala manakala Razali Rashad cedera di kening," kata Mazlan.

Beliau mendakwa pihak polis yang berada di lokasi kejadian itu, hanya NONE memerhatikan sahaja dan tidak menghalang serangan tersebut.

 

Ekoran kejadian itu, Mazlan membatalkan niat untuk meneruskan konvoi ke destinasi seterusnya iaitu ke Felda Jelai, Tampin; Felda Palong 4, 5 & 6, Jempol; Felda 9 & 10, Jempol; Felda Lui Selatan, Jelebu dan Gugusan Felda Serting di Jempol.

Sebaliknya Mazlan, beberapa pemimpin PAS dan PKR serta mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol di Bandar Baru Serting pada pukul 12.30 tengahari.

Sebelum itu peserta Jelajah Oren memulakan konvoi bermula di Felda Kepis, Kuala Pilah. Bagaimanapun sejurus tiba di dalam kawasan Felda itu, mereka dihalang masuk oleh lebih kurang 120 peneroka Felda di jalan utama kawasan Felda tersebut. Tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Setelah memberi ucapan lebih kurang 100 meter dari halangan tersebut (di tepi jalan) dan menikmati sarapan pagi, peserta Jelajah Oren menuju ke Felda Bukit Rokan Barat yang hanya terletak lebih kurang lapan kilometer dari Felda Kepis.

Bagaimanapun kira-kira 60 penduduk Felda Bukit Rokan Barat mengadakan sekatan di simpang masuk ke penempatan berkenaan.

Mereka melaungkan-laungkan agar peserta Jelajah Oren balik dan jangan masuk ke Felda Bukit Rokan Barat.

Malaysiakini menemubual Ketua Kampung Felda Bukit Rokan Barat, Mohd Zamrud Johari dan beliau berkata: “Peneroka dan pihak pengurusan Felda sendiri tidak mahu ‘orang luar’ masuk ke kawasan Felda kerana ditakuti akan menimbulkan kekecohan.

“Walaupun mereka hanya membawa kenderaan dan ‘berjalan” sahaja tetapi kami bimbang berlaku kekecohan."

Tidak berlaku sebarang insiden buruk melainkan penduduk Felda Bukit Rokan yang memegang bendera BN meminta peserta Jelajah Oren agar meningggalkan tempat itu.

Selepas Mazlan dan beberapa pemimpin PAS dan PKR memberi ucapan ringkas dari atas sebuah kereta pacuan empat roda di tepi jalan, peserta Jelajah Oren meneruskan perjalanan ke Felda Bukit Rokan Utara dan berlakulah insiden buruk tersebut.  

Sementara itu Pengarah Program Jelajah Oren “Selamatkan Felda” peringkat Negeri Sembilan, Abdul Rahman Ramli mempertikaikan apakah hak mereka yang Abdul Rahman dakwa merupakan orang Umno-BN (berdasarkan mereka membawa bendera Umno dan BN) menghalang peserta dan lalulintas di jalan utama Dangi-Jelai itu.

“Kalau mereka mengadakan sekatan di dalam kawasan Felda OK lagi. Tapi ini mereka mengadakan sekatan jalan di jalan besar, jalan utama.

“Setelah melihat tindak-tanduk mereka seperti orang hilang akal, kami memang mengambil keputusan tidak mahu masuk ke Felda Bukit Rokan Utara, tetapi kami cuma mahu lalu menggunakan jalan besar ke destinasi seterusnya.

“Kenapa mereka halang kami lalu atau gunakan jalan besar? Kenapa mereka pecahkan cermin kereta dan memukul dua peserta kami dengan kayu?" katanya.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS