Kumpulan Himpunan Hijau Anti-Lynas hari ini membuka pusat arahan baru yang dijangka menjadi pusat perancangan sekatan pada masa depan, terhadap loji Lynas di Gebeng.
Ketika dihubungi, anggota jawatankuasa pemandu Himpunan Hijau, Dr Phua Kia Yaw berkata pusat yang dibuat daripada dua
kontena berukuran 10x20 kaki itu terletak di atas kawasan seluas tiga ekar, dan disiapkan dalam masa 24 jam sahaja.
"Ia diletakkan di tempat yang sangat strategik, di salah satu jalan utama menuju ke kawasan perindustrian Gebeng (tempat loji itu terletak).
"Kita akan tunggu bilakah penghantaran bijih seterusnya, kemudian kita akan buat perancangan," katanya.
Menurutnya, pusat itu akan juga berfungsi sebagai pusat perancangan dan pelaksanaan untuk aktiviti pergerakan itu, serta sebagai pusat penyebaran maklumat kepada penduduk luar bandar.
Ditanya mengenai kebimbangan bahawa pihak berkuasa tempatan boleh merobohkan struktur tersebut, Phua berkata perkara itu hanya akan ditangani jika ia berlaku.
[Baca berita penuh]