Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha menegaskan kementerian itu telahpun menutup pintu rundingan dengan kerajaan negeri Pakatan Rakyat, yang berkeras menentang pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Beliau berpendapat kementeriannya tidak perlu membuat pertemuan lanjut memandangkan ketua pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan telahpun bertemu dengan kerajaan Selangor.

NONE Beliau berkata demikian apabila ditanya sama ada kementerian itu akan membuat rundingan semula berhubung AES dengan kerajaan negeri Pakatan.

Namun, Kong berkata kementeriannya bersedia untuk bertemu mana-mana organisasi untuk membincangkan isu AES.

Beliau kemudiannya ditanya sama ada kementeriannya akan bertemu NGO anti-AES disokong PAS yang dikenali dengan nama Kempen Anti Saman Ekor (KASE).

Katanya, itu bergantung kepada "keikhlasan" KASE.

"Jika tidak ikhlas, tidak perlu (bertemu)," katanya sambil ketawa.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan sejam dengan Gabungan Persatuan Cina Malaysia (Huazong) di kementeriannnya di Putrajaya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS