Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berharap skuad Harimau Malaya akan melakar kejayaan menentang Thailand pada perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2012, di Bangkok esok.

NONE "Kepada skuad Harimau Malaya, semoga terus berjuang hingga ke titisan terakhir bagi mengharumkan nama negara," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program bual bicara 'Hello Malaysia', terbitan Bernama TV, di Wisma Bernama, di Kuala Lumpur malam tadi.

Rosmah turut meminta rakyat Malaysia, khususnya peminat bola sepak agar menyokong skuad kebangsaan dengan semangat '1Malaysia Boleh!'.

Pada perlawanan pertama di gelanggang sendiri di Stadium Nasional Bukit Jalil Ahad lepas, Harimau Malaya diikat 1-1 oleh skuad Gajah Perang.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS