Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP dakwa tanah murah Umno jadi pusat penjaja

Kunjungan DAP ke sekeping tanah yang didakwa diperolehi Umno dengan harga murah hari ini mendapati kawasan merupakan pusat penjaja yang sibuk dan turut menempatkan hostel untuk pekerja warga asing.

ADUN Kampung Tunku Lau Weng San mendakwa pemilikan tanah seluas 5,010.6 kaki persegi di Sungai Way, yang amat strategik bersebelahan Lebuh Raya Persekutuan diberikan kepada Umno Petaling Jaya pada 1981 dengan harga RM1 sekaki persegi.

"Ini adalah sekeping tanah komersil tetapi harga semasa jualannya adalah lebih rendah daripada tanah pertanian," dakwanya ketika bercakap kepada pemberita di lokasi berkenaan.

Katanya, beliau tidak pasti harga pasaran semasa tanah itu namun tanah di kawasan sekitarnya sekurang-kurangnya bernilai RM100 sekaki persegi.

Lau juga mengesyaki Umno mendapat keuntungan daripada sewaan tapak kepada penjaja dan juga hostel berkenaan.

"Umno membenarkan orang berniaga di situ dan mengenakan sewa. Keuntungan ini bukan untuk kerajaan tetapi untuk parti.

"Umno boleh mendapatkan tanah, tapi ia sepatutnya dijalankan dengan sesiau dan mengikut harga pasaran. Mereka tidak sepatutnya mengkayakan diri mereka melalui aset kerajaan," katanya.

Lau menekankan bahawa beliau tiada masalah jika penjaja berniaga di situ tetapi tidak adil jika Umno mendapatkan tanah dengan harga yang sangat murah dan kemudiannya mendapat untuk dengan menyewakan premis..

"Sebagai parti politik yang bertanggungjawab, mereka perlu membayar pampasan kepada kerajaan atau memulangkan tanah berkenaan," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS