Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dakwa pecah amanah, 8 k'tangan kolej Kuin buat laporan polis

Lapan kakitangan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan pecah amanah di kolej universiti milik kerajaan Kedah itu.

    

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pukul 9 pagi ini.

    

Laporan itu didakwa dibuat atas kekesalan dan perasaan tidak puas hati kakitangan Kuin kerana mendakwa berlakunya pecah amanah dalam mengurus kewangan Kuin dan kakitangannya.

    

Mereka mendakwa Kuin tidak membuat pembayaran wang pekerja kepada agensi pihak ketiga seperti bank, insurans dan institusi kewangan yang lain sedangkan wang pekerja telah diambil dan potongan dilakukan dalam slip gaji mereka.

    

Dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media di perkarangan IPD Kota Setar, mereka mendakwa, sikap Kuin yang tidak membuat pembayaran itu menyebabkan tunggakan tiga hingga enam bulan mengakibatkan sebahagian besar kakitangan Kuin terpaksa menanggung beban seperti dikenakan caj kelewatan oleh bank, menerima surat amaran peguam, surat amaran kereta ditarik dan polisi insurans ditamatkan.

    

Mereka yang menggelarkan diri mereka "Skuad Urusetia Gelombang Putih Membersihkan Kuin" mendakwa, akibat kegagalan Kuin membayar pembiayaan pekerja ke institusi kewangan berkaitan, nama pekerja terlibat disenaraihitam di Credit Reference Information System (CCRIS).

    

Menurut mereka lagi, pihak pekerja pernah membuat laporan polis pada 27 Julai 2012 kerana masalah sama.

Sehubungan itu, mereka mendesak Rektor Kuin Prof Datuk Dr Jamil Osman meletak jawatan jika masih gagal mengurus Kuin dan kebajikan kakitangan Kuin.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS