Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zahid: Kajian UiTM tunjuk sokongan besar pada Najib
Diterbitkan:  Dec 1, 2012 6:07 PM
Dikemaskini: 12:28 PM

Naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengemukakan hasil kajian Universiti Teknologi Mara yang menunjukkan sokongan besar kepada BN bawah pimpinan presidennya Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, "kajian secara berstruktur" melibatkan serama 28,277 orang responden itu antara lainnya mendapati seramai 74.4 peratus "berpuas hati dan sangat berpuas hati" dengan BN.

Selebihnya, hanya seramai 15 peratus yang kurang berpuas hati dan 5 peratus lagi tidak berpuas hati dengan parti itu, katanya dalam ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno ke-66 hari ini.

Selain itu, seramai 74.2 peratus responden juga menjawab "berpuas hati dan sangat berpuas hati" dengan kempen 1Malaysia yang dianjurkan Najib

Sebanyak 17 peratus lagi merupakan golongan atas pada dan 4 peratus lagi tidak berpuas hati dengan kempen itu, kata Ahmad Zahid.

Data berkenaan merupakan hasil kajian seorang pengkaji UiTM, Prof Madya Ismail Sualman dari fakulti komunikasi dan pengajian media kampus itu.

Ismail ketika dihubungi selepas itu berkata hasil kajian selama lima bulan itu juga sebelum ini telah dibentangkan kepada perdana menteri pada September lalu.

Selain sokongan pada BN dan 1Malaysia, Ismail berkata beliau turut mengkaji trend pengundian serta personaliti calon yang diingini golongan berkenaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS